Wednesday, December 22, 2010

aSaM PeDaS iKaN MeRaH



Bahan - Bahan Nya :-
200gm Ikan Merah
3 Sudu Besar Cili Kering Yang Telah Dikisar
3 Sudu Besar Minyak Masak
1 Sudu Makan Asam Jawa
1 Sudu Teh Garam
1/2 Sudu Teh Gula
Daun Kesum

Bahan - Bahan Yang Perlu Dikisar :-
2 Ulas Bawang Putih
Ulas Bawnag Merah
2 Batang Serai
Sedikit Belacan

Cara - Cara Penyediaan Nya :-
1. Panaskan periuk dan tumis bahan - bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga kekuningan dan masukkan cili kering.
2. Kacau sehingga cili kering menjadi garing. Masukkan air asam jawa, garam, gula, air dan daun kesum.
3. Tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan ikan merah.
4. Biarkan mendidih seketika dan hidangan sedia dihidangkan.





Tuesday, December 14, 2010

DaGiNG KuRMa

DaGiNG KuRMa



Bahan - Bahan Nya :-
500grm Daging (potong dadu)
3 Biji Ubi Kentang
25grm Serbuk Kurma
1/2 Cawan Santan Pekat
1 Inci Halia (dihiris halus)
2 Ulas Bawang Putih
3 Ulas Bawang Merah
1 Biji Bawang Besar (dipotong empat)
1 Biji Cili Merah @ Hijau
2 Inci Kayu Manis
2 Biji Buah Pelaga
1 Kuntum Bunga Lawang
2 Kuntum Bunga Cengkih
1 Sudu Teh Gula
1 Sudu Teh Garam
1 Bijik Buah Tomato (dibelah empat)
1/4 Asam Keping @ Gelugur
3 Sudu Besar Minyak Masak
Air Yang Secukupnya

Cara - Cara Penyediaan Nya :-
1. Panaskan periuk bersama minyak masak. Tumis halia, bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih. Kacau hingga naik bau dan masukkan rempah kurma.
3. Pastikan rempah kurma dikacau sehingga garing. Kemudian masukkan sedikit air dan daging.
4. Masak sehingga daging empuk. Kemudian barulah masukkan kentang, bawang besar, garam, gula dan asam keping.
5. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih.
6. Masukkan buah tomato dan cili merah @ hijau. Kacau seketika dan daging kurma siap untuk dihidangkan.

(kurma yang kurang kuantiti santannya tidak akan membuatkan kita merasa muak untuk memakannya..)

# 11 Disember 2010

aYaM MaSaK MeRaH iBu

aYaM MaSaK MeRaH iBu

(nama ini diberikan has kerana resepi adalah diturunkan dari ibu saya)

Bahan - Bahan Nya :-
1/2 Ekor Ayam (digoreng sehingga 3/4 garing)
5 Sudu Cili Kering Yang Telah Dikisar
1/4 Asam Keping @ Gelugur
3 Sudu Santan Pekat
1 Sudu Besar  Gula
1 Sudu Teh Garam
5 Sudu Besar Minyak Masak
Lobak Merah Dipotong Dadu
Jagung
Kacang Pis
1 Biji Cili Merah
Daun Sup dan Daun Bawang (ptong sepanjang 2 inci)
1 Biji Bawang Besar Dipotong Bulat - Bulat

Bahan - Bahan Yang Perlu Dikisar :-
3 Ulas Bawang Putih
4 Biji Bawang Merah
2 Batang Serai
1 Inci Hali

Cara - Cara Penyediaan Nya :-
1. Panaskan kuali dengan minyak masak.
2. Tumis bahan - bahan yang telah dikisar sehingga kekuningan.
3. Masukkan cili kering dan kacau sehingga garing.
4. Masukkan asam keping, santan, gula dan garam. Kacau sehingga santan masak.
5. Masukkan sedikit air supaya bahan tidak hangus.
6. Masukkan ayam dan kacau sehingga sebati.
7. Masukkan lobak merah, jagung, kacang pis, bawang besar, daun sup dan daun bawang.
8. Gaul rata semua bahan tadi dan boleh lah dihidang.



NaSi MiNYaK PeNGiKaT KaSiH

Nasi Minyak Pengikat Kasih


Bahan - Bahan Nya :-
700gm Beras mati (dibasuh dan di toskan)
200ml Susu Cair
1 Inci Halia Dihiris Halus
1 Kuntum Bunga Lawang
2 Kuntum Bunga Cengkih
2 Inci Kayu Manis
2 Biji Buah Pelaga
1 Sudu Teh Garam
Daun Pandan
Air Yang Secukupnya
Kismis
Gajus
1 Sudu Minyak Sapi
Bahan - Bahan Yang Perlu Dikisar :-
1 Biji Bawang Besar
3 Ulas Bawang Putih

Cara - Cara Penyediaan Nya :-
1. Panaskan periuk dengan minyak sapi.
2. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama halia.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.
4. Masukkan beras, susu cair, daun pandan, garam, kismis dan air yang secukupnya.
5. Tanak nasi sehingga masak.
6. Taburlah gajus semasa dihidang.


(leadsafe for a healthier living)



#11 Disember 2010

Monday, December 13, 2010

SuP KePaLa iKaN MeRaH

SuP KePaLa iKaN MeRaH

(sup kepala ikan yang sudah siap dimasak... dan tgu untuk di hidangkan)


Bahan - Bahan Nya :-
1/2 Kepala Ikan Merah (dicuci dengan asam jawa bagi menghilangkan bau hanyir)
2 Ulas Bawang Putih Dimayang
1 Inci Halia Dimayang
2 Ulas Bawang Merah Dihiris
5 Biji Cili Padi Dimayang
2 Sudu Besar Minyak Masak
1 Sudu Teh Garam
1/3 Sudu Teh Jintan Manis
1/3 Sudu Teh Jintan Putih
2 Inci Kayu manis
1 Kuntum Bunga Lawang
2 Kuntum Bunga Cengkih
2 Biji Buah Pelaga
Sedikit Daun Sup dan Daun Bawang
Air Yang Secukup Nya

Cara - Cara Penyediaan :-
1. Panaskan periuk terlebih dahulu. Tumiskan bawang putih, halia, bawang merah dan cili padi sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, bunga lawang, buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih.
3. Tumis sehingga kekuningan. Masukkan sedikit air dan garam.
4. Masukkan kepala ikan. Tunggu sehingga mendidih.
5. Setelah api di tutup barulah dimasukkan daun bawang dan daun sup.

# 4 Disember 2010

LaLa BeRLaDa

LaLa BeRLaDa

(kalau anda suka pedas boleh ditambah kuantiti cili atau pun menggunakan cili padi)

Bahan - Bahan Nya :-
1 Kg Lala Dibasuh Bersih
1 Batang Serai Dimayang
1 Sudu Teh Garam
3 Sudu Makan Cili Kering Yang Telah Dikisar
1 Biji Bawang Besar Dihiris Bulat
3 Sudu Besar Minyak Masak
1/2 Sudu Teh Gula
1/4 Asam Keping @ Gelugur

Bahan - Bahan Untuk Dikisar :-
3 Ulas Bawang Merah
3 Ulas Bawang Putih
1 Inci Halia

Langkah - Langkah Penyediaan Nya :-
1. Panaskan kuali terlebih dahulu dan masukkan minyak.
2. Masukkan bahan - bahan yang telah dikisar halus dan kacau sehingga garing.
3. Masukkan Cili Kering yang telah dikisar. Tumis sehingga garing.
4. Masukkan serai, gula, garam dan asam keping beserta sedikit air supaya bahan tumisan tidak hangus.
5. Masukkan lala dan gaul semua bahan dengan rata. Tunggu sehingga 10 minit dan masukkan hirisan bawang besar.
6. Sudah sedia untuk dihidang.


(lala berlada buat suamiku..)

# 4 Disember 2010

SaTaY



 SaTaY


Bahan - Bahan Nya :-
2 Ekor Ayam (lapah dan dipotong mengikut saiz yg bersesuaian)
4 Sudu Madu Lebah
20 Sudu Besar Gula
1 Sudu Teh Garam
2 Sudu Teh Asam Jawa

Bahan - Bahan Yang Perlu Dikisar Halus :-
1 Labu Bawang Putih
2 Biji Bawang Besar
1 Inci Halia
1/2 Inci Lengkuas
1 Inci Kunyit Hidup (boleh juga menggunakan kunyit serbuk)
5 Batang Serai

Bahan - Bahan Yang Perlu Disangan @ Digoreng Tanpa Minyak dan Dikisar Halus :-
1 Sudu Teh Jintan Manis
1 Sudu Teh Jintan Putih
1 Sudu Teh Ketumbar

Cara - Cara Penyediaan Nya :-
1. Gaulkan ayam bersama garam dan asam jawa dahulu.
2. Masukkan bahan - bahan yang telah dikisar halus dengan rata.
3. Gaul semua bahan dengan rata sebelum disimpan semalaman sebelum dicucuk.
4. Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak. Satey hendaklah dibuat seminggu lebih awal daripada tarikh untuk dibakar. (lebih lama tempoh satay yang diperap, lebih enak rasa satay tu)


(ini adalah proses menyangan ketumbar, jintan manis dan jintan putih)


 (bawang besar, bawang putih, serai, halia, kunyit)


(mengikut tok guru yang telah mengajar saya. setiap bahan2 perlu dikisar berasingan kerana sewaktu menggaul bahan perlulah digaul mengikut turutan dari satu bahan ke satu bahan yang lain untuk keenakan rasa satay)

(dulu2 saya buat juga.. hehehe.. tapi sekarang ni.. dah malas nak membasuh banyak bekas.. dan cara ni adalah lebih mudah.. tada.... saya masukkan je semua bahan tu..)

 (serai perlu dipotong halus supaya serai menjadi betul2 halus apabila dikisar)



(gaullah semua bahan menjadi rata.. lebih lama anda gaul bahan tu.. lebih rata lah resapan bahan - bahan tu.. yang penting.. sebelum buat kerja - kerja dapur, pastikan tangan anda sentiasa bersih)



(satay yang telah siap dicucuk..)

selamat mencuba...


# 4 Disember 2010

Monday, December 6, 2010

SaLaM PeRKeNaLaN

DARI DAPUR SEORANG ISTERI

Blog ni tercipta adalah dari idea bersama saya dan suami. Kami nak share hidangan-hidangan yang terhasil dari dapur kami. Semoga apa yang kami kongsikan ini akan memberi manfaat kepada semua yang membaca blog ini.

Salam Perkenalan Dari Kami : zaeim